PENCEREKAAN DALAM NOVEL SEJARAH
Oleh MOHAMAD SALEH RAHAMAD
buku ini membincangkan perkembangan novel sejarah dengan melihat faktor kontekstual yang mempengaruhi pertumbuhannya. Dengan melihat faktor ini perkembangan novel sejarah akan dapat difahami dan seterusnya masalah pertumbuhannya dapat dikenal pasti dan diatasi.
Seterusnya, aspek pencerekaan dalam novel sejarah akan dikaji berdasarkan isinya yang terdiri daripada bahan sejarah dan telah mengalami proses pengubahsuaian meburut kaedah dan kebebasan sastera. Aspek cereka merupakan ciri penting dalam novel sejarah kerana inilah yang membezakan dengan wacana sejarah.Dengan melihatkaedah pencerekaan berserta faktor-faktoryang mempengaruhi diharap akan terhasil satu kerangka yang lebih jelas sebagai panduan untuk mengkaji novel sejsrsh keseluruhannya.
