MAHKOTA DUKA SIRNA SI PETERANA

MAHKOTA DUKA SIRNA SI PETERANA

Oleh ZAMIDAH HASHIM

Berpangkal pada sejarah penglibatan orang Bugis di Tanah Melayu, novel ini memaparkan sebuah drama intrig politik yang kompleks, iaitu tentang...

Berpangkal pada sejarah penglibatan orang Bugis di Tanah Melayu, novel ini memaparkan sebuah drama intrig politik yang kompleks, iaitu tentang peranan anak raja Bugis yang bermula dengan Opu lima bersaudara. Opu-opu Bugis ini ialah Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Celak dan Daeng Kemasi datang ke Johor-Riau dan Lingga. Mereka membantu Raja Sulaiman melawan Raja Kecil. Sebagai membalas jasa, Raja Sulaiman telah melantik Daeng Merewah menjadi Yamtuan Muda Riau yang pertama.

Kepintaran pengarang membentangkan milieu zaman atau semangat zaman (zeitgeist) melalui cara hidup, cara bersosial, cara bertutur, misalnya, telah memberikan zat kepada naratif ini. Bahasa pertuturan yang seboleh mungkin membezakannya daripada pertuturan zaman kini membawa estetika mimesis yang menghiburkan walaupun sukar untuk dibuktikan ketepatannya. Pengarang memanipulasikan bahasa lama yang berkias demi mewajahkan masyarakat dahulu yang sentiasa berlapik dalam percakapan. Inilah antara keindahan yang dapat dirasai dalam sebuah novel sejarah, berbanding wacana sejarah per se

Tajuk

MAHKOTA DUKA SIRNA SI PETERANA

Categori

Nama Penerbit

Jumlah Halaman

364

ISBN

9.78967E+12

Format

Buku Cetakan

Bahasa

Bahasa Melayu

Purata Penilaian

ms_MYMalay
Scroll to Top