ANEKA HIDANGAN SAYUR
ANEKA HIDANGAN SAYUR Amalan memakan sayur-sayuran dalam setiap waktu makan begitu digalakkan oleh pakar pemakanan dan kesihatan. Dari usia...
ANEKA HIDANGAN SAYUR
Amalan memakan sayur-sayuran dalam setiap waktu makan begitu digalakkan oleh pakar pemakanan dan kesihatan. Dari usia kanak-kanak, kita telah dididik menerima sayur sebagai salah satu hidangan kerana ia mengandungi vitamin, serat, mineral dan sebagainya yang baik untuk kesihatan tubuh badan.
Kali ini ALAF 21 menerbitkan buku resipi Aneka Hidangan Sayur sebagai rujukan anda sekeluarga. Ternyata, cara memasak sayur-sayuran ini begitu mudah, masa yang singkat dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Dengan resipi-resipi yang disediakan, anda boleh mempelbagaikan hidangan sayur anda supaya ahli keluarga yang lain tidak mudah jemu dengan hidangan yang sama setiap hari.
