ANEKA HIDANGAN PISANG
ANEKA HIDANGAN PISANG Pisang merupakan buah yang paling mudah diperolehi. Malah, ia juga mempunyai pelbagai khasiat. Isi pisang mengandungi...
ANEKA HIDANGAN PISANG
Pisang merupakan buah yang paling mudah diperolehi. Malah, ia juga mempunyai pelbagai khasiat. Isi pisang mengandungi komposisi air, karbohidrat dan sedikit sekali kandungan protein dan lemak. Sebanyak 70 peratus adalah air dan selebihnya bahan pepejal. Pisang merupakan sumber vitamin A, B1,B2 dan C. Nilai kalori ialah 1 kalori setiap gram isi pisang.
Air rebusan bunga pisang yang diminum boleh mengubati penyakit kencing manis. Malah jus buah pisang boleh mengubati ulser, sembelit atau radang perut.
Antara jenis-jenis pisang yang popular ialah pisang berangan, pisang mas, pisang embun, pisang tanduk, pisah nipah, pisang raja,pisang nangka, pisang awak, pisang rastali dan pisang abu. Buah pisang juga boleh diperlbagaikan sebagai makanan. Di sini kemi menyediakan 44 jenis masakan kuih-muih, lauk-pauk, puding, pai dan jus yang menggunakan pisang. Mungkin anda yang lebih kreatif boleh mencipta resepi-resipi yang lain dengan menggunakan pisang juga!
