TANAMAN MAKANAN UBATAN DI SEKELILING ANDA
Oleh SITI FAUZIAH YUSOF
TANAMAN MAKANAN UBATAN DI SEKELILING ANDA Menanam tanaman makan seperti sayur-sayuran disekeliling rumah adalah mudah, praktikal dan dapat...
TANAMAN MAKANAN UBATAN DI SEKELILING ANDA
Menanam tanaman makan seperti sayur-sayuran disekeliling rumah adalah mudah, praktikal dan dapat menjimatkan perbelanjaan harian kita. Ia bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan malah tanaman ini juga boleh dijadikan sebagai tanaman hiasan untuk persekitaran rumah kita.
Terdapat pelbagai jenis tanaman makanan yang boleh ditanam bersesuaian dengan cuaca negara kita. Selain, daripada menjadi bahan makanan atau campuran dalam masakan, tanaman ini juga boleh dijadikan sebagai ubat atau ramuan dalam perubatan. Penggunaannya sebagai ubat atau bahan dalam perubatan adalah lebih murah dan selamat. Namun begitu, ramai di antara kita yang masih belum mengetahui berkenaan apa yang mereka makan dan gunakan setiap hari mempunyai khasiat tertentu untuk kesihatan tubuh badan.
Sebelum ini pengetahuan berkenaan penggunaan tumbuhan makanan sebagai ubat hanyalah diwariskan secara lisan iaitu dari mulut ke mulut yang juga dikenali sebagai petua. Kini petua dan pengetahuan tentang kegunaan serta khasiat yang terdapat dalam tumbuhan makanan telah himpunkan dalam buku ini.
