ANEKA BISKUT MODEN
By SA'SDIAH MOHAMMAD
ANEKA BISKUT MODEN Biskut moden merupakan salah satu resipi yang istimewa ketika musim perayaan. Di samping hidangan kuih tradisional dan...
ANEKA BISKUT MODEN
Biskut moden merupakan salah satu resipi yang istimewa ketika musim perayaan. Di samping hidangan kuih tradisional dan lauk-pauk, biskut juga merupakan menu untuk para tetamu atau diberikan sebagai ‘hadiah’ untuk kaum keluarga dan kawan-kawan.
Membuat biskut bukan sukar. Bahan-bahan asasnya ialah tepung gandum, mentega telur dan gula pasir. Bagi menambahkan perisa, anda boleh menambahkan krim, inti buah-buahan, coklat, buah-buahan kering dan sebagainya. Boleh juga dibubuh aising agar kelihatan lebih menarik.
Anda boleh membuatnya sendiri di rumah. Ini boleh menjimatkan kos berbanding jika dibeli di kedai atau individu penjual kuih raya.
